OMG ! IM 21

ASSALAMUALAIKUM !

first of all . 
seriously rindu teramat blog !
da lame ta hupdate okey . hahhaa . almaklumla busy ! 
*poyo*
disebabkan dah lama x hupdate so ni serba sedikit story of my life yg aku ringkaskan .... 


8 january 2014
tarikh keramat hidup aku .
already 21 !
and yang aku perasan la kan .
sepanjang umor 21 ni banyak kebahagian yang muncul berbanding kesedihan .
ALHAMDULILLAH
moga berkekalan hingga akhir hidup aku.

5 january 2014
terimakasih atas kehadiranmu
bahagia sangat
moga kebahagian yg aku rasakan saat ini berkekalan lama 
and moga kita sentiasa dijalaNya.
kita hanya merancang . tuhan menentukannya
doa itu penting kan ?
inshaAllah

now time to story bout my study pulak :
bulan 4 2014 inshaAllah tahun terakhirku diploma in banking at uitm dungun ni
then nak sambung diploma lagi 2 tahun kat uitm jugak..
setakat yg dah fullfill form degree 
pilihan 1: degree in finance
pilihan 2: degree in operation management
pilihan 3: degree in international trade
pilihan 4: degree in human resourses
hope antara 4 pilihan ni ade la ruang untuk aku..
and yang paling penting nak campus shah alam or melaka !
xmo kelantan . 
sebab................................ RAHSIA DULU !
haha

pen off . busy !

trip my G8 to tasik kenyir..

ASSALAMUALAIKUM =")

acctually plan nak g tasik kenyir dah lame dh . dari semester lepas lagi . but this semester baru dapat pegi reramai kitorang lapan orang..=) so awal sem tika duit ada lagi ni , kitorang pegi la . dua kereta .. one matun punyer . another one kereta sewa . so one car for four of us .  sehari sebelum pegi tasik kenyir kitorang buat baju yg same.. nak tengok ? tadaaaaaa.....=)


ni la baju yang kitorang buat =)
 number 1 : farah
2 : ikin
3 : wawa
4 : sulli
5 : pikah
6 : matun
7 : yanie and last one
8 : mena

comel tak ? ni just pic yang belakang view.. yang depan view nanti lepas ni mena tunjuk.. 
then esoknye kitorang bertolak pkow 8.30... lalu kat lebuhraya ajil then terus masuk kuala berang and stret ke tasik kenyir .  masa lam kereta punyer la bising berborak bagai..haha.. makan ape semua yang berbekal and berkaroke siap..
then sampai la kat kenyir.. muka teruja yang teramat sangat..kitorang semua first time tau pegi sane kecuali matun..dia dah penah pegi sebelum ni =) then kitorang choose pakej yang paling murah . naik boat yg muat 8 orang tu dengan harga rm 140.. so makcik driver boat tu bawak kitorang pergi taman herba.. kat sane kitorang dikasi air kacip fatimah and ape entah.. lupe.. tapi seriously pahit sesangat.. almaklumla dah nama pom herba kan? tengok ni..............................


so ni la boat yang kitorang naik.... kecik jew.. tapi best sesangat naik boat ni sebab dapat sentuh air dr tepi.. at first takut jugak kot2 la tengelam ke ape.. hahahaha... but acctually sangat best you know!
then tiba at taman herba.... jauh jgk la dr jeti depan naik boat nak pegi ke taman herba..


cantik kan? ni la pemandangan kat tasik kenyir tu... if sesape ta pernah pergi , boleh la pegi cecepat..=)
 rugi tau tak berpeluang tengok pemandangan yg chomel camni.=)





done minum air herba kat taman herba.... next kitorang di bawa ke air terjun saok.. comel sgt air terjun ni... tinggi lak tu..=) jom tengok... * sorry banyak gambar lain drpd air terjun.. ahaksssss.....*























okey.... dah have a look at this tasik kenyir memoir??? nice right ?? 
acctually this trip nak merapatkan lagi kitorang punyer persahabatan 8 orang . and ternyata kami teramat sangat enjoy be there.. hope this happiness will comes again.... and you know , next semester we plan to go to cameron together..yeaaaayyyy! hahaha..ta sabar okey !! if you wanna be at tasik kenyir , jangan fikir banyak kali , just go there without bad thought... tak rugi pom.. happy ade la..=)
thats all....=) 

israk mikraj

ASSALAMUALAIKUM...

sempena israk mikraj yang ta lama lagi ni .... sini me na kongsikan sikit peristiwa yang berlaku semasa israk mikraj tu.. ni copy and paste tau.... untuk kita bersama..=) selamat menelaah yer kawan2..=) semoga kita sesama saling ingat mengingati sesama manusia..dan moga ilmu yang berkat ni sedikit sebanyak menambahkan ilmu akhirat kita.. di samping mendapat pahala sebar menyebar ilmu ni.. kalau dah tahu pasal ni , ta salah na bace lagi kan? =)
jom,,....

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

my handmade puding caramel =0

ASSALAMUALAIKUM =)

hai hai hai hai hai uolllsssss * lelambai tangan* entry kali ni nak citer kat uolllss ni my handmade puding caramel.. hikhik.. begini citernyer..... * tepuk tangan dulu cepat** haha
 masa tu mak ade buat gula hangus untuk buat kuih tepung kapur.. then me nampak gula hangus tu macam pekat sangat , sesuai sangat nak buat caramel.. so cepatcepat capai lappy search la kat abang google cara nak buat caramel tu =) then salin siapsiap semua .... pastu kan , me tanye la mak , ada tak barang yang diperlukan ni semua ... then mak cakap , susu ade , telur pom ade .... so cukup la.. xde barang lain lagi da =)

then me buat la ...... mak tak buat same sebab mak nak masak untuk lunch .. so me try la slow slow ikut step resepi lam internet tu ..=) korunk semua mesti da tahu cara nak buat kan , so tak perlu kot mena nak post step tu kan ? haha.. lagipom me bukan pakar sangat.. internet dihujung jari bak kata orang ..=)
ni pic yang da siap kukus ...... hihi ... lulus tak agakagak ? haha


lepas sejukkan kejap . then terbalikkan puding ni....
then...............................





ini lah hasilnya... aummmm.....yummmmyyy,....
hahaha... best sangat tau..
thanks to #fakhruru# tuan punye belog.. yg ajarkan cara buat puding ni..hehe



mak , ayah , kezen , maksdara makan ni semua cakap sedap..
*oppsssss..bangga la pulak.. sorry !*
hehehe... nanti ade kelapangan nak buat lagi..=)

okey uolllsss... tepuk tangan again.. citer da habis..hahaha

pen off=)

potpet sengsorang =)

ASSALAMUALAIKUM.....

two days in my grandma's house..=) rindu bilik sendiri , katil , cermin , and semua la kat umah tu
this is my room.... rindu =)

done about my room...
now talking talking about my kezen sorang ni..lelaki and baru form 3 .. semalam dia tertido kat sofa , phone dia terlantar atas meja.. so me amek phone dye and senyap2 stalk msj .. jahat kan ? btw dah lama kakak and mak dye nak stalk phone dye asyik tak berjaya .. so kali ni me berjaya.. haha... nanti boleh report ni..haha   blueeekkkk.... and you know ape yang i jumpa dalam phone dye ? of cos la MSG MAKWE DIE  ..hahahaha....jap ! bukan sorang tau... dua orang..... yang ni cakap jangan curang , yang tu cakap sayang dia .. hadoi... yang ni gaduh sebab jeles , yang tu cuba tackle .. macam macam la...
almaklumla bebudak couple.. mcm tak mature jew... * oppssss.... kita dulu pom camtu.,.ahaksss* ayat jiwang karat la..  ha , macam ni la.. haha.. memang gelak sengsorang me bace semua tu... tapi msg semalam jew yang ade dlm inbox sebab my kezen ni suke delete msg . xnak bagi orang bace la katekan.. hahaha..
sampai saat ni dye tak tahu i bace .. hadoi...playboy jugak my kezen ni..nampak mcm tak peduli perempuan.... tapi memang tak dinafikan ramai suka dye.. hensem ?? takde la sangat... ala kadar jew.. haha.. maybe sebab dye putih kot.. =) tapi................................. kesian kat bdk prmpuan duorang tu.. kene tipu camtu jew.. tu la..
jangan percaya sangat dengan lelaki, sebab nanti kat universiti lagi ramai lelaki yg korunk akan jumpa.. so , fikirkan masa depan dulu yer adik adik.. chewahhh,..... jangan nak sesenang bagi hati kat lelaki... terutama yang tak pandai menghargai.. ingat tu adikadik..=) masa depan still panjang lagi.. belajar dulu time scolah camni..jgn nak couple sangat..hikhik
okey la... dah penat potpet .. hahaha.... dha uollssss..... sebagai pengajaran , cinta monyet jgn terlalu percaya..... inshaAllah jodoh ketentuan tuhan akan datang nanti , kalau dah jodoh awk dengan dia , no need to worry, kan? okey..

pen off

my own header

ASSALAMUALAIKUM 

cuba korunk tengok kat atas tu... header ade gambar mena kan ? hahaha.... tadi me tengok blog someone , then comel sangat header dia , pastu me search la kat abang google " cara buat header blog" then jumpa la cara buat nyer.... just guna photoscape .. alang alang da memang ada apps tu so me try la buat slow slow.... then ... ini la hasilnya buat pertama kali buat header sendiri .. haha...
 perasaan bangga plus bahagia menyelubungi.. sorry ! hahaha


haaaaa....
ni la header first hasil karya amalina mazlan =) haha...
now mood nak buat yang lain membuakbuak...
nantikan header yg seterusnya yang mungkin lebih kreatif.. 
hahahaha...
yang ni maybe agak sempoi .... almaklumla baru berjinakjinak dengan buat header ni..
*peace*
hahahah...
okey korunk.. nak sambung buat header baru,... yahhooo....


pen off .. dha my dear =)

berinai : )

ASSALAMUALAIKUM

malam ni , me tidur rumah nenek . kene temankan nenek , sebab maksdara pegi hantar anak die pegi matrikulasi kat banting , selangor .. so sementara tak ade kerje nak buat , me tetiba teringat ada pokok inai belakang rumah nenek ,hikhik . saje menggatal nak berinai ..=)

so lepas jew ambik inai , mak suruh lulurkan daun , lepas tu bland dengan nasi and arang sebesar ibu jari =) mak cakap x payah nak tumbuk semua tu , guna blander jew.. simple.. hikhik..
moden punyer cara ..

maka operasi memakai inai..

.

ni la rupanyer .. hehe.... acano? lulus tak? nampak comel tak? hahahaha....
tapi kalau korunk na tahu hasilnye tak cantik langsung.. seriously.. 
warna tak merah , tak sekata , and tak gojes pom .. haha
tengok ni..=P


hahaha.. kelakar kan ? lepas jew basuh inai ni , baru terfikir kenapa lah tak search online cara nak kasi inai merah ..hadoi..... hahaha..
kalau boleh nak la alalala pengantin.. chewahh.. hikhik
*HIGHLIGHT GITU UOLLSSS...paling penting ,niat tu ada !*
mak cakap , xpew la.. lain kali buat lagi .. pakai waktu malam , baru esokkan hari tu merah menyala..=)
nanti ada masa , me nak kasi merah sket..hikhik.. well....

oppsss.. tapi kan kalau merah sangat nanti pegi mana mana , mesti org cakap me pengantin baru.. alooohhaaaa.. hahaha.... xpew.. pengantin pom pengantin la.... asalkan berseri..hikhik..=P weeekkkk...

okey la uollssss.... get to go.. hehe... kalau korunk berkenan nak rasa jadi pengantin olok olok , pakai la inai... perasaan berseri tu automatik datang sendiri... hikhik..

okey.. 
pen off