trip my G8 to tasik kenyir..

ASSALAMUALAIKUM =")

acctually plan nak g tasik kenyir dah lame dh . dari semester lepas lagi . but this semester baru dapat pegi reramai kitorang lapan orang..=) so awal sem tika duit ada lagi ni , kitorang pegi la . dua kereta .. one matun punyer . another one kereta sewa . so one car for four of us .  sehari sebelum pegi tasik kenyir kitorang buat baju yg same.. nak tengok ? tadaaaaaa.....=)


ni la baju yang kitorang buat =)
 number 1 : farah
2 : ikin
3 : wawa
4 : sulli
5 : pikah
6 : matun
7 : yanie and last one
8 : mena

comel tak ? ni just pic yang belakang view.. yang depan view nanti lepas ni mena tunjuk.. 
then esoknye kitorang bertolak pkow 8.30... lalu kat lebuhraya ajil then terus masuk kuala berang and stret ke tasik kenyir .  masa lam kereta punyer la bising berborak bagai..haha.. makan ape semua yang berbekal and berkaroke siap..
then sampai la kat kenyir.. muka teruja yang teramat sangat..kitorang semua first time tau pegi sane kecuali matun..dia dah penah pegi sebelum ni =) then kitorang choose pakej yang paling murah . naik boat yg muat 8 orang tu dengan harga rm 140.. so makcik driver boat tu bawak kitorang pergi taman herba.. kat sane kitorang dikasi air kacip fatimah and ape entah.. lupe.. tapi seriously pahit sesangat.. almaklumla dah nama pom herba kan? tengok ni..............................


so ni la boat yang kitorang naik.... kecik jew.. tapi best sesangat naik boat ni sebab dapat sentuh air dr tepi.. at first takut jugak kot2 la tengelam ke ape.. hahahaha... but acctually sangat best you know!
then tiba at taman herba.... jauh jgk la dr jeti depan naik boat nak pegi ke taman herba..


cantik kan? ni la pemandangan kat tasik kenyir tu... if sesape ta pernah pergi , boleh la pegi cecepat..=)
 rugi tau tak berpeluang tengok pemandangan yg chomel camni.=)





done minum air herba kat taman herba.... next kitorang di bawa ke air terjun saok.. comel sgt air terjun ni... tinggi lak tu..=) jom tengok... * sorry banyak gambar lain drpd air terjun.. ahaksssss.....*























okey.... dah have a look at this tasik kenyir memoir??? nice right ?? 
acctually this trip nak merapatkan lagi kitorang punyer persahabatan 8 orang . and ternyata kami teramat sangat enjoy be there.. hope this happiness will comes again.... and you know , next semester we plan to go to cameron together..yeaaaayyyy! hahaha..ta sabar okey !! if you wanna be at tasik kenyir , jangan fikir banyak kali , just go there without bad thought... tak rugi pom.. happy ade la..=)
thats all....=) 

israk mikraj

ASSALAMUALAIKUM...

sempena israk mikraj yang ta lama lagi ni .... sini me na kongsikan sikit peristiwa yang berlaku semasa israk mikraj tu.. ni copy and paste tau.... untuk kita bersama..=) selamat menelaah yer kawan2..=) semoga kita sesama saling ingat mengingati sesama manusia..dan moga ilmu yang berkat ni sedikit sebanyak menambahkan ilmu akhirat kita.. di samping mendapat pahala sebar menyebar ilmu ni.. kalau dah tahu pasal ni , ta salah na bace lagi kan? =)
jom,,....

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.

Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.

Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

my handmade puding caramel =0

ASSALAMUALAIKUM =)

hai hai hai hai hai uolllsssss * lelambai tangan* entry kali ni nak citer kat uolllss ni my handmade puding caramel.. hikhik.. begini citernyer..... * tepuk tangan dulu cepat** haha
 masa tu mak ade buat gula hangus untuk buat kuih tepung kapur.. then me nampak gula hangus tu macam pekat sangat , sesuai sangat nak buat caramel.. so cepatcepat capai lappy search la kat abang google cara nak buat caramel tu =) then salin siapsiap semua .... pastu kan , me tanye la mak , ada tak barang yang diperlukan ni semua ... then mak cakap , susu ade , telur pom ade .... so cukup la.. xde barang lain lagi da =)

then me buat la ...... mak tak buat same sebab mak nak masak untuk lunch .. so me try la slow slow ikut step resepi lam internet tu ..=) korunk semua mesti da tahu cara nak buat kan , so tak perlu kot mena nak post step tu kan ? haha.. lagipom me bukan pakar sangat.. internet dihujung jari bak kata orang ..=)
ni pic yang da siap kukus ...... hihi ... lulus tak agakagak ? haha


lepas sejukkan kejap . then terbalikkan puding ni....
then...............................





ini lah hasilnya... aummmm.....yummmmyyy,....
hahaha... best sangat tau..
thanks to #fakhruru# tuan punye belog.. yg ajarkan cara buat puding ni..hehe



mak , ayah , kezen , maksdara makan ni semua cakap sedap..
*oppsssss..bangga la pulak.. sorry !*
hehehe... nanti ade kelapangan nak buat lagi..=)

okey uolllsss... tepuk tangan again.. citer da habis..hahaha

pen off=)

potpet sengsorang =)

ASSALAMUALAIKUM.....

two days in my grandma's house..=) rindu bilik sendiri , katil , cermin , and semua la kat umah tu
this is my room.... rindu =)

done about my room...
now talking talking about my kezen sorang ni..lelaki and baru form 3 .. semalam dia tertido kat sofa , phone dia terlantar atas meja.. so me amek phone dye and senyap2 stalk msj .. jahat kan ? btw dah lama kakak and mak dye nak stalk phone dye asyik tak berjaya .. so kali ni me berjaya.. haha... nanti boleh report ni..haha   blueeekkkk.... and you know ape yang i jumpa dalam phone dye ? of cos la MSG MAKWE DIE  ..hahahaha....jap ! bukan sorang tau... dua orang..... yang ni cakap jangan curang , yang tu cakap sayang dia .. hadoi... yang ni gaduh sebab jeles , yang tu cuba tackle .. macam macam la...
almaklumla bebudak couple.. mcm tak mature jew... * oppssss.... kita dulu pom camtu.,.ahaksss* ayat jiwang karat la..  ha , macam ni la.. haha.. memang gelak sengsorang me bace semua tu... tapi msg semalam jew yang ade dlm inbox sebab my kezen ni suke delete msg . xnak bagi orang bace la katekan.. hahaha..
sampai saat ni dye tak tahu i bace .. hadoi...playboy jugak my kezen ni..nampak mcm tak peduli perempuan.... tapi memang tak dinafikan ramai suka dye.. hensem ?? takde la sangat... ala kadar jew.. haha.. maybe sebab dye putih kot.. =) tapi................................. kesian kat bdk prmpuan duorang tu.. kene tipu camtu jew.. tu la..
jangan percaya sangat dengan lelaki, sebab nanti kat universiti lagi ramai lelaki yg korunk akan jumpa.. so , fikirkan masa depan dulu yer adik adik.. chewahhh,..... jangan nak sesenang bagi hati kat lelaki... terutama yang tak pandai menghargai.. ingat tu adikadik..=) masa depan still panjang lagi.. belajar dulu time scolah camni..jgn nak couple sangat..hikhik
okey la... dah penat potpet .. hahaha.... dha uollssss..... sebagai pengajaran , cinta monyet jgn terlalu percaya..... inshaAllah jodoh ketentuan tuhan akan datang nanti , kalau dah jodoh awk dengan dia , no need to worry, kan? okey..

pen off

my own header

ASSALAMUALAIKUM 

cuba korunk tengok kat atas tu... header ade gambar mena kan ? hahaha.... tadi me tengok blog someone , then comel sangat header dia , pastu me search la kat abang google " cara buat header blog" then jumpa la cara buat nyer.... just guna photoscape .. alang alang da memang ada apps tu so me try la buat slow slow.... then ... ini la hasilnya buat pertama kali buat header sendiri .. haha...
 perasaan bangga plus bahagia menyelubungi.. sorry ! hahaha


haaaaa....
ni la header first hasil karya amalina mazlan =) haha...
now mood nak buat yang lain membuakbuak...
nantikan header yg seterusnya yang mungkin lebih kreatif.. 
hahahaha...
yang ni maybe agak sempoi .... almaklumla baru berjinakjinak dengan buat header ni..
*peace*
hahahah...
okey korunk.. nak sambung buat header baru,... yahhooo....


pen off .. dha my dear =)

berinai : )

ASSALAMUALAIKUM

malam ni , me tidur rumah nenek . kene temankan nenek , sebab maksdara pegi hantar anak die pegi matrikulasi kat banting , selangor .. so sementara tak ade kerje nak buat , me tetiba teringat ada pokok inai belakang rumah nenek ,hikhik . saje menggatal nak berinai ..=)

so lepas jew ambik inai , mak suruh lulurkan daun , lepas tu bland dengan nasi and arang sebesar ibu jari =) mak cakap x payah nak tumbuk semua tu , guna blander jew.. simple.. hikhik..
moden punyer cara ..

maka operasi memakai inai..

.

ni la rupanyer .. hehe.... acano? lulus tak? nampak comel tak? hahahaha....
tapi kalau korunk na tahu hasilnye tak cantik langsung.. seriously.. 
warna tak merah , tak sekata , and tak gojes pom .. haha
tengok ni..=P


hahaha.. kelakar kan ? lepas jew basuh inai ni , baru terfikir kenapa lah tak search online cara nak kasi inai merah ..hadoi..... hahaha..
kalau boleh nak la alalala pengantin.. chewahh.. hikhik
*HIGHLIGHT GITU UOLLSSS...paling penting ,niat tu ada !*
mak cakap , xpew la.. lain kali buat lagi .. pakai waktu malam , baru esokkan hari tu merah menyala..=)
nanti ada masa , me nak kasi merah sket..hikhik.. well....

oppsss.. tapi kan kalau merah sangat nanti pegi mana mana , mesti org cakap me pengantin baru.. alooohhaaaa.. hahaha.... xpew.. pengantin pom pengantin la.... asalkan berseri..hikhik..=P weeekkkk...

okey la uollssss.... get to go.. hehe... kalau korunk berkenan nak rasa jadi pengantin olok olok , pakai la inai... perasaan berseri tu automatik datang sendiri... hikhik..

okey.. 
pen off 

whatever

ASSALAMUALAIKUM 

okey uolls . entry kali ni taknak cakap banyak . i post this quote to show my feeling right now..=|

 *click this pic and it will pop out to your face*
hahaha

# i do believe that simple things really matter because even a simple misunderstanding could ruin everything#
yes , kadang-kadang small matter tu la yang buat emosi seseorang tu berubah ..
tak kesahla small matter tu hal yang menggembirakan ataupom hal yang menyedihkan..

this is all because of..................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yes !



me love you !

(= pen off =)

sebenarnya saya isteri dia =)

ASSALAMUALAIKUM...

* tak jawab dosa , jawab dapat pahala =) *

okey.. sekarang ni banyakkan cerita kat TV yang based on novel .. producer dah takde idea mungkin nak buat citer , so banyak yg adaptasi dari novel .. hehe...and yang paling hangat and best kat TV sekarang ni ....


ni la cerita best tu....=) sebenarnya saya isteri dia... tizz and izzue.... hensem kan izzue islam ? hahaha.. i know.. mmg hensem tapi sayang betol , rambut perang.. huhu.. me start tengok citer ni dah episod 4.. sgt sedih.. mula mula tak tahu pom kewujudan cerita ni , then masa petang jumaat tu banyak sangat tweet kat twitter pasal ssid , so i try nak tengok jugak best ke tak.. rupanya best sgt sgt! haha
 lepas jew habis cerita ni , terus tengok episod yang terlepas kat youtube walaupom tak full , paham la jugak cerita ni sikit sikit..hehe


xsabar nak tunggu jumaat akan datang pulak .. hehe.. pkow 8.55 jew dah mula duduk depan tv sebab excited lebih.. wakaka..haha .. tapi kan . cerita ni kan satu jam , bila tengok cerita ni ,. rasa mcm masa kejap jew berlalu.. mcm tak sampai satu jam pom... haha.. almaklumla cerita best .. memang la tak perasan masa berlalu..=)


okey la SSID , jumpa minggu depan... hikhik.. tak sabar nak jumpa izzue lagi.. hehe.. maybe bagi yang dah baca novel mesti dah boleh expect ape yg happend lepas scene ni , scene tu ... tapi me tak baca novel ni , tak minat nak baca novel ni semua , so terpaksa la tunggu episod akan datang..hehe


pen off..dhadha

bola or pemain bola ??

ASSALAMUALAIKUM =)

hai hai hai.... tengok tajuk entry tu.... it's about bola sepak..hehe

tadi time dinner dengan family , then ayah buka tv1 .. siaran langsung bola sepak pahang lawan johor ..
then tengok jewla even me ni tak suka sangat bola sepak ni... memang tak suka bukan tak suka sangat.. hahaha.. okey.. sambil tengok bola sepak tu kan , mata ni melilau tengok pemain hensem kew tak.. * gedik kan? kalau dia tahu mesti dye cakap me ni gatal* hikhik...

then tetiba terfikir , kenapa orang lain menjerit sakan tunggu gol ek? kenapa kenapa kenapa....? for me , mcm penat je tunggu gol tu sume.. baik tengok last result jew..haha....

biasanya bagi lelaki , tunggu gol tu interesting maybe , but for me , tengok pemain hensem tak tu lebih sukahati dari gol..hehehe....tapi ade jugak perempuan yang minat bola sepak kan ? not me ** hihi..

okey...so nak kaitkan tajuk entry dengan post kali ni : antara pemain bola sepak dengan bola sepak , me pilih pemain bola..  hahaha.. weeeekkkk... peace!


pen off =)

fact about my life

ASSALAMUALAIKUM.

sometimes my mind keep refreshing about what i had done in my life before...
entry kali ini nak borak pasal my life kat UiTM dungun..=)
2013 , sekarang dah nak masuk part 5 . dah 2 tahun kat dungun ni . lama kan ? okey.. hari tu result part 4 keluar .. and alhamdulillah dekan .. *ni bukan nak bangga.. korunk kene baca sampai habis entry ni baru korunk paham apa yang nak disampaikan*

Alhamdulillah setakat ni part 3 and part 4 : dekan.. lepas dapat tahu result part 4 baru-baru ni , tetiba penyesalan menyelubungi... penyesalan sebab masa part 1 and part 2 tak dapat dekan.... perasaan nak dapat status ANC "ANUGERAH NAIB CANSELOR" ( dekan setiap sem) membuak-buak tapi memang tak mungkin dapat status tu sebab tak usaha lebih time part 1 and 2...

kalau korunk nak tahu students yang dapat status ANC akan diberi peluang berucap atas pentas masa graduation , boleh wish thanks to parents and lecturer ... bangga kot parents yang anak anak dapat status ni..=) me nak buat parents bangga... tapi apakan daya..

paling menyedihkan , part 1 my result 3.45 , kalau usaha sikit jew lagi mesti dekan.. walaupun tak dekan banyak..=( me kan anak first dalam family .. family pulak bukan dari education yg tinggi , so i'm the first yang masuk universiti.. maybe at that time , me masih belum fahami kejayaan students universiti.. and masih tak faham apa itu kebanggaan family... sedih bila ingat balik.. masa part 1 , me banyak bergantung dengan kawan2 jew..  credit to : SYIDAH and SYERAH =) diorang ni kos sama tapi lain dari mena.. tapi apa apa yang me tak paham mesti tanya diorang..thanks tau korunk..=)

so , result time part 1 tak owesome ..=( masa tu tak sedih mana sebab tak fikir panjang mungkin....part 2 plak result down sikit dr part 1 , sebab 1 subject ni... agak susah ..  i just got 3.11 =( sedih mula menyelubungi... so bila naik part 3 , dah faham dengan life students Universiti.. i'm trying hard sebab jeles kawan2 lain dapat dekan... alhamdulillah part 3 berbaloi usaha yang me kerahkan..=)

disebabkan pengalaman yg me dapat dari kehidupan me sendiri.. me tekad taknak orang lain jadi mcm ni.. my kezen dah habis spm dan masuk matrikulasi , so i told her to study hard , don't ever play around like school student anymore.. me taknak orang lain menyesal macam apa yang dah berlaku in my life..

so lagi dua minggu nak masuk part 5 dah..=) and me tekad nak dekan lagi and lagi =) doakan mena yer korunk.. maybe my parents tak tahu apa itu kebanggan dapat dekan sebab mak n ayah mena tak masuk universiti.. sebab tu nak sgt dapat ANC.. nak banggakan mak n ayah..=) tapi nak buat cemana ..
bak kata orang , belajar dari pengalaman
okey la uollsss... btw , belajar lelok yer..=) buat yang terbaik untuk life masing masing.. sentiasa pandang ke depan , tapi yang dibelakang jangan cicirkan sebab yang dibelakang itulah penguat masa depan..=)


# untuk mena sendiri : masa depan still panjang , yang da lepas jangan sesalkan , ambik iktibar and teruskan usaha untuk kejayaan yang yg owesome pada masa depan , and jangan lupa , segala usaha yang dibuat mestilah niat kerana ALLAH , inshaaAllah diredhai dan dipermudahkan..=) mungkin ada hikmah sebalik semua yang terjadi dalam hidup ni .


pen off =)

someone that bring me to the new side of life =)

(= ASSALAMUALAIKUM =)

perhatikan elokelok tau tajuk entry kali ni..=) mesti dalam kepala korunk ingat me nak cakap pasal boyfriend tu semua kan ?hahaha... tekan button refresh banyak kali kat kepala korunk plis... hahaha ... actually ni frank jew.... weeekkkk.... hahaha..=P tu la... tajuk mcm ni jew mesti semua hangat na tahu kan ?

 so truthfully, what i'm gonna tell uoolllll  is the person that just come to my life , brought a biggest smile with a deepest feeling to my life...

wanna know who ?? SECRET ! HAHAHA.

perkenalan yang singkat
tetapi membawa makna yang besar
senyuman yang tiada akhir ukirannya
perasaan berbolak balik ibarat ombak dilaut


*sorry tak pandai sangat pom berayat jiwang ni semua*
hahahaha..okey kelakar kot! just nak bagitahu kat sini yang kehadiran dye agak banyak menguji my life ..

banyak sweet moment that we share together ....banyak sweet things that we create! hehe
*english hancur semua* haha.. takpe la.. aslkan korunk paham apa yg nak idsampaikan..hikhik

hmmmm...hope perkenalan ni memberikan peluang untuk kita jadi sahabat that can share all the happiness and sadness..

SAHABAT SELAMANYA YER AWAK..=) DEAR DI..=) 


( : pen off  : )

KESAKITAN PENGUBAT DOSA

ASSALAMUALAIKUM..

right now i felt like wanna sleep all day . i feel tired and my whole body hurt a lot !
i just wanna to keep laying my body on the bed for all day..

okey.. hmmm....... hope segala sakit ni sedikit sebanyak mengurangkan dosa dosa yang pernah me buat..=(
kan dah tertulis dalam alquran yang setiap kesakitan itu pengubat dosa ..
sekarang ni sakit belakang yang teramat sangat... kemas umah and jaga alisha kejap jew dah penat macam orang umur 40.. kenapa ni... alahai..... padahal baru 20.. huhu

sabar ye amalina..pasti setiap yang Allah jadikan , ada hikmah tersendiri.. Tuhan tahu me mampu untuk tanggung semua ni..=)

so.....
nanti nak pegi beli supplement yang ada kandungan calcium .. sebab me tak boleh minum susu tu semua .. so just having supplement rather than milk...=) susu agak meloyakan ... huhu... *macam macam kerenah la kau ni mena! * dah tu hakikatnya ..=( na buat cemane lagi..uhukssss .. and if tak sembuh jugak , maybe patut buat check up dengan doctor tulang..=(

okey la uollssss.....


pen off =) assalamualaikum =)
doakan mena cepat sembuh tau..

done snap for my new IC =)

ASSALAMUALAIKUM 

hai uollssss.... dear kakak sweet , adik manis , abang hensem , adik jambu , ape lagi ek ....
pokok kira , uolls semua la.. hehehe....

new entry for new Ic..
setelah 8 years guna IC berwajahkan muka baby face , opppssss ... baby face???? omo omo !!!
****just kidding**** kang ada masuk paper pulak gossip liar , hihi..
muka bebudak freshie darjah 6 .. haha.. ni baru betol..=)
muka yang sangat amat tak mature , memang kelakar sesangat if tengok balik .
nak tunjuk pom malu . hehe..bila ade pape form that need a copy of IC , mesti malu nak tunjuk ..
mane tak nya .. muka masam , garang sesangat , almaklumla masa buat IC that time me moody .. haha

okey semalam.....
kezen temankan me buat IC ,  masuk dalam pejabat pendaftaran tu alhamdulillah mujur sesangat sebab
tak ada orang , so , kitorang tak perlu nak kene tunggu sume . ambil number terus pegi kaunter .
okey ... abang kaunter tu baik . and smile comel sgt ..=) hikhik *gatal kau mena*
ni satu kejadian yang amat memalukan happend time nak tunggu turn amek gambar IC..

# "zeeettt zeettt" mesej masuk . okey.. dlm keadaan gopoh , me nak on msg tu , then.........
"pangggggggg" oppsssss....phone jatuh... uwaaaaaaa.... berkecai siap...one word : MALUUUUU!!
sebab me melatah sikit .." op jatuh kedebukkkk " just like this . all abang kaunter tu gelak...
makkkk.. malu yang teramat sgt, hadoi... hahaha..
one of abang kaunter tu said " dik , bak sini la phone tu, banyak sgt kat tgn tu..hehehe"
amboi abang.. phone nokia biasa je jatuh pom pelawa nak? alahai..hehe

then my turn untuk snap gambar ..
abang kat kaunter kamera tu pulak boleh tanye " phone berkecai kew? sihat tak lagi?" oppssss.. agak tersipu jugak nak jawab.. almaklumla.. me and kezen perempuan duaorg jew dalam ruangan tu with this 4 abang kaunter ..=) just smile while saying " agak berkecai la..alhamdulillah sihat lagi=) hehe" okey .. sekali lagi abang tu gelak..hehe..malu....then selesai semua..........

keesokkan harinya ,
wa my friend msg ajak pergi temankan dia snap gambar IC jugak.. so , me temankan la wa pegi... duduk atas kerusi menunggu . da nampak abang semalam senyum .. alahai ... abang ni ingat lagi kew....
me pretend buat2 layan phone.. hikhik.... cover malu..

okey.. ni la alkisah amalina di pejabat pendaftaran .. sekian..hihi... secara tak sengaja me dah create something memorable there .. hehe.. just for me and that abang2 yg baik and peramah tu semua..hehe


okey.. thats all..=) winkwink..=)

my lesen P

ASSALAMUALAIKUM


hai hai hai uollss.. lame dah tak post entry . tetiba mood nak post datang tanpa diundang . 
hahaha . okey . entry kali ni me nak kongsi sikit pasal my licence .. hikhik

hari selasa 30/4 hari tu , hari yang mana me kene buat test JPJ.. 
 test kereta jew sebab lesen motor dah lama buat . lepas SPM dulu lagi..hehe
so time tu punyer la berdebar , YA ALLAH  tuhan jew tahu betapa berdebarnya me time tu ..
dengan tak ada kawan pom yang boleh buat borak borak atau ape . just being along .
uwaaaaa... na menangis pom ade tahu tak awak awak awak semua..

okey . my number time tu 27..seriously takot.. kaki ketar bagai sume..haha
time naik bukit tu alhamdulillah okey !
then kereta bergerak masuk parking , siap masuk semua dah ni , sebelum keluar dr line tu , 
"ffiiiitttttttttt"
JPJ tu tiup visel... YA ALLAH malu yg teramat sgt.. 
rupe rupenyer , kereta terpijak line time nak masuk tu.. 
huhu....  okey . TAK LULUS !
then tggu turn untuk jalanraya , alhamdulillah okey semua . LULUS !! haha..

then bayar rm100 , terus me buat ulangan 7/5 tu .. my number 6! 
*malas panjangkan cerita* sebabbbbbb.....
muka tersenyum bahagia bila tengok kertas LULUS !!..
tipu kalau cakap x menjerit . haha

then seminggu lepas tu maka dapat la lesen P ! and you know , 20/7 ni lesen tu besar !
 x perlukan pelekat P kat kereta dah .. horreeeeeeeyyyyyy!!!! 

JOM TEPUK TANGAN SESAME !

haha....bahagia tak terkata . 
nak kukuhkan lagi cerita ni , tengok gambar ni....::
** jangan jeles tau **





muka bahagia dapat lesen setelah banyak bazirkan duit and kerahkan tenaga 
pegi latihan kereta kat PIMA AJIL . penat kot semua tu . sampai demam semua .
akhirnya berbaloi..

xsangka drpd tak pandai langsung kereta and now dah boleh bawak pegi jenjalan..
hikhik....
 (=thanks for read=)



my 20th life

assalamualaikum ..

8 JANUARY 2013 :

genap sudah hidup aku 20 tahun . kalau dulu umur belasan and terasa bebudak . now segalanya sedikit demi sedikit aku kene ubah . umur 20 bukan umur bebudak dah..

bila remind balik.. dah 20 tahun.....
mak lahirkan along..
mak ayah jaga along,
mak ayah siapkan makan minum along setiap hari
mak ayah sekolahkan along..
mak ayah bersusah payah untuk besarkan along
mak ayah nasihatkan along yg degil ni..
mak ayah tanggung dosa along..
mak ayah bagi kasih sayang kat along....


20 tahun bukan masa yang singkat .. agak lama... semua pengorbanan yang mak ayah bagi kat along.. along sayang mak ayah... in Sha Allah along xakan lupakan segalanya yang dah mak ayah bagi kat along....  along akan jaga mak ayah mulai saat ni... sampai bila2pom mungkin x akan sama dengan pengorban yang amk ayah bagi.. tapi sebagai anak.. along akan cuba membalas segala jasa mak ayah... selagi roh n jasad along masih bersama..

okey , bila dah umur 20 ni kan.. terasa macam dunia dah lain... perasaan sedih menyelubungi.. menangis tahu x.. macam x percaya !
 and azam diambang umur 20 ni :

nak bersikap matang dalam setiap hal,
x nak dah nangis untuk hal yang temeh ,
nak belajar betol2 untuk jadi panduan kat adik..
nak balas jasa mak ayah
nak ubah diri ke jalan yg benar
nak life lebih ceria n berfikiran positive
and...........











nak cari calon menantu yg soleh untuk mak ayah... hahahaha
* sempat lagi selitkan menantu* hahahaah

xde lah.. gurau jew.. masih awal untuk fikirkan tu !
belajar habis cari kerja elok baru cari calon suami,,=)


hope permulaan umur 20 ni banyak memberi semangat kat aku untuk terus menuju jalan yang diredhai ALLAH.. aminnn.... IN SHA ALLAH...=)
assalamualaikum...

rasanya dah lama x post entry dalam blog ni... so kali ni niat dihati nak buang semua sawang lelabah yang memenuhi blog ni.. nak kasi bersih . hehe .

and entry kali ni aku nak story morry la sikit pasal seorang sahabat yang dulunya agak nakal * hihi sorry qilah* .. dan sekarang dia sudah pom berumah tangga... Alhamdulillah.. bila difikirkan balik dia yang paling bongsu dalam geng kitorang .. JG GENG . nama group kitorang satu ketika dulu.. and sahabat yang aku ceritakan ni : NUR AQILAH ZAIM.. sahabat yang aku sayang and sahabat yang aku rindu . mungkin perpisahan ketika tingkatan 3 dulu menjauhkan ikatan antara kami.. tapi seperti kata orang , kalau dah terjalinnya satu ikatan persahabatan , bermakna kita terikat dengan ikatan kekal hingga ke hujung nyawa . sekali berkawan and bersahabat , selamanya kita bersahabat .

perkahwinan aqilah n syamim semakin hampir setahun . Alhamdulillah aku bahagia melihat mereka bahagia.. dulu kitorang satu geng siap bagi warning kat syamim . * kalau x jaga aqilah elok2, kene berhadapan dengan kitorang !* hahaha . tengok .. betapa sayangnya kat aqilah ni...

apabila difikirkan balik.. perkahwinan umur muda takde lah sampai banyak sangat keburukan .
mungkin antara keburukannya kene pandai buat perancangan keluarga since kedua-duanya still belajar .
kebaikan nya of cos la membina masjid tu kan tuntutan dalam Islam.. menghapuskan maksiat . and sebagaimana kita tahu alam perkahwinan lah yang banyak menyumbangkan pahala kat isteri and suami tu... cuim tangan suami, rindukan suami, hormat kata suami.. semua tu pahala....

bila ada kawan2 tanya " xjeles kew aqilah dah kawen? x teringin kew nak kawen jugak?" okey . ni jawapan aku : " sape yang x jelous . of cos jeles..mestilah nak kawen jugak... tapi......"

hahaha.. nampak tak ada ketapian disitu .. hahaha.. mungkin Allah masih belum temukan jodoh aku dengan yang layak untuk aku.. yang boleh bimbing aku ke jalan yang benar , yang boleh jaga aku.. n yang paling penting calon suami tu haruslah menerima bakal isterinya seadanya .. termasuklah kelemahan and kelebihan yang ada pada perempuan itu sendiri...=)


* okey sambung cerita aqilah ni balik *

sekarang aku dapat tengok perbezaan life aqilah selepas n sebelum kawen . selepas dia berumah tangga dia dah berubah . alhamdulillah... lebih terjaga berbanding dulu..... * aku bile lagi?* hahaha..

tu lah untungnya kawen awal..  okey.. aqilah dah.. kite bile lagi nak bertemu dengan jodoh pilihan Allah? In Sha Allah....=)


tahniah atas perkahwinan.. moga ikatan suci ni di redhai Allah... n moga kekal hingga anak cucu..=)