sakaratul maut..

► TANDA-TANDA SEBELUM SAKARATULMAUT.
Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati.



gambar hiasan..hihi..=)

• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

sayang sampai mati..

berendz::


sumpah ak rindu korunk...xde kate lain yang mampu aku ungkapkan selain..


AKU SAYANG SAHABAT MCM KORUNK=)


rasenyer mcm baru semalam kite bersame..rase mcm baru kelmarin kita bersua..
susah senang semua kita lalui bersama..even kita selalu gaduh..tp kita tetap sehati n sejiwa..
an??xpernah kita benci membenci same kita..xpernah buang name setiap dr korunk dr hati ni..


muke korunk x pernah aku lupe..
semua still kekal lam ingatan..=)




keakraban yang terbina suatu ketika dulu..


kemanisan tawa yang dirindui

penat tidak terasa bila ade sahabat disisi..

xpernah menduga kejauhan akan memisahkan kita

tawa riang n kesedihan kami tangung bersama..

sayang pengikat ukhuwah kami..

perkataan S.A.H.A.B.A.T KAMI PUNYER..

poergaduhan bukan penghalang keakraban kami..

susah senang kami x pernah berseorangan..

kisah kami kenangan kami dunia kami

xkan pernah berpisah..

kawan teman n sahabat..

sahabat selamanyer..sampai mati..
insyaAllah..

penn off..=)



sahabat sejati..

buat sahabat yang sentiasa dalam ingatan aku..(BERENDZ)

Sahabat,

Maafkan daku andai daku bukan sahabat yang terbaik buatmu..

Maafkan daku andai terpaksa menyakiti hatimu..

Maafkan daku andai terpaksa mengasarimu..

Alangkah bagusnya jika dirimu mengetahui segalanya kenapa daku perlakukanmu demikian..

Ini bukan kesilapanmu sahabatku.. tetapi aku..

Alangkah bagusnya jika kamu mengetahui kebenarannya..

akan tetapi,maafkanku sahabat.. terlalu sukar untukku mengatakannya..






Sahabat,

Aku tahu,terlukanya hatimu keranaku..

Yakinlah sahabat,aku lakukan semua itu kerana aku menyayangimu..

Sungguh Ya Allah,hamba menyayangi dirinya..

Tetapi,

Apalah dayaku untuk menolak sagala ketentuan-MU Ya Tuhan..

Apalah dayaku untuk menolak nikmat kasih dan sayang pada seseorang yang bernama TEMAN..

Padamu sahabat..

Apalah dayaku Ya Allah..






Tuhan,

Kepercayaan dan kasih –sayang yang hamba taruhkan bukan milik hamba..

Hamba akui segala-galanya terletak pada-MU..




Tuhan,

Jika KAU izinkan,

Untuk kali keduanya,hamba ingin sekali menemui dirinya..

Hamba ingin sekali memeluk dirinya..

Mengatakan padanya,

“Awak tak pernah hilang saya sahabat awak.. Saya tetap sayangkan awak.. sampai akhir hayat saya..”

Adakah peluang untukku mengatakan semua tu padanya??






Ya Allah,

Jagalah dirinya sebagaimana hamba terasa disayanginya sepanjang perkenalan kami..

Kurniakanlah dia sahabat yang benar-benar ingin bersahabat dengannya..

Menerima dirinya seadanya.. tidak menikamnya dari belakang..


Hanya pada-MU hamba sandarkan doaku Ya Allah..

Tenangkanlah hatinya di saat dia bersedih hati..

Hanya satu pintaku..

Sayangilah dirinya melebihi kasih sayangku padanya..

Aku redha melepaskan dia pada takdirku ..

Sesungguhnya,ini untuk kebaikan dirinya..





Buat Sahabatku,

Saya tetap sayangkan awak.. kerana saya sahabat awak..

Sampai bila-bila pun saya tetap akan sayangkan awak..

Sahabat yang awak cari,ada di sini..

sayang korunk..

bismillahirrahmanirrahim..

bismillahirrahmanirrahim..
semoga permulaan baru ini akan mendapat rahmat n keberkatan dr tuhan..
amin..

moga dipermudahkan..

aminn....
blog lame : delete..=)