final camping 4 reakreasi

assalamualaikum....da lame kn x post kt cni...windu nyer..hihi...

ok fine.. Kali ni ade citer...

baru2 ni ktorang pegi naik bukit bauk.. hihi.. kiteorg sepatutnyer janji n lecturer pkow 6.45 da berkumpul semua..tapi..... korunk tahu ape jdik????lecturer uat hal . dtg lambat. .last2 pkow 8 lbih gak naik bukit bauk.. huhu.. KONONNYER kitorg nak tgok matahari terbit la kat puncak bukit.. especially x puncak sgt pom.. hahaha..... ats bukit la kirenyer.. then lepas uat warm up seposen due, kitorang pom beratur la ikut nombor badan....no ak 22..hhihi...depan ak sherah . n belakang ak sheydah.. . mula2 kene redah air laut yang bersambung dgn tasik... AIR TU BUKAN MAIN LAGI KOTOR N BERBAU.. huhu.. tuan punyer badan sendiri x sanggup hidu pakaian sendiri.. memang ...  err.. x terkata..hhihi.. then kiteorg climb la bukit yang agak curam..guna tali gak arr.. huhu..lambat jugak nak kene tunggu sorang2 panjat..
masa tu perasaan mcm2..geram kt lect lar . geram lambat turn la . mcm2 lar..huhu. lepas tu kiteorg stop kat satu pantai..nama pantai tu ... TELUK MAYAT.. hahaha...start dr teluk mayat kiteorg lalu ikut jalan pantai pulak....panjat batu- batu tajam dan sangat mencabar..huhu....sangat- sangt mendebarkan.. nak nangis pom ade.. hihi.. climb . climb . climb . ....then sampai lar kat satu bukit yang tinggi dan di penuhi lalang..hihi...MACAM FILEM HINDUSTAN PLAK..hihi .
lepah kite org sampai kat atas bukit tu..YA ALLAH.. comeell sangt pemandangan dr atas bukit...... . mase tuh hati memuji alam ciptaan ILAHI yang teramat indah. tiada tandingan.. sumpah..huhu.. lepas tu kiteorg truskan perjalanan ke AIR TERJUN!! waaaaa....syok jew dengar an..hihi..
memang syok..air yang cold cold..hahha..air yang sejuk tu menyergarkan kiteorg.. dan yang paling penting..air tuh bagi tenaga..hihi. .mase kat air terjun tu kan..ti me tu lapar sangat....lect masak..tp x terkesampaian hati nk join..coz ade geng lain yg lebih rapat n lect ade n lect..so diam kan diri jewla..huhu..tapi . air mate da mule ngalir da ni..huhu.. pantang betul lapar2 ni . air mate mule la nk ngalir tanpa kebenaran tuan empunyer diri..hihi.. . then lepas duk santai santai kat sane, kiteorg pom truskan ke dataran lalang tadi balik...kat citu kiteorg kene buat shelter..buat tempat perlindungan la kirenyer..hihi. . letih sangat time tu.. tuhan jew tahu betapa laparnyer hamba Nya ni..
then lepas buat shelter..kiteorg trus jalan pulang....hihi . mase jalan balik . kiteorg sempat sesat kejap..hihi..lawak pulak rase..tp lepas tu kiteorg jmpe smula jalan balik..hihi..
mase jalan balik ni..air tetiba pasang.. MASYAALLAH.. ombak punyer la garang n berbisa...menghempas org sesuka hati..hihi.. baju time tu da basah berjeruk..hihi..then lepas climb satu bukit yang kiteorg climb awal2 td.. x boleh turun coz air pasang tinggi sangt..
so kne la patah balik... hadoi.....memang letih teramat sangat sangt sangat.....pastu sampai la kat satu jalan tu..mase kiteorg lalu . ade dasar lg..then lepas kiteorg maju depan sikit n berpaling belakang.. tenyata air pasang cepat sangat....dasar tu da x nampak.. huhuhu.. then lect suh kiteorg undur pegi dasar yg still tersisa..
mase tu berdebar tuhan jewla yang tahu.... huhu.. then beberapa lect kiteorg berenang ke seberang . pegi mintak tolong.. . then lame lame lame sangt lepas tu sampai la JPA.....tapi..dyorg x mampu tolong coz air terlalu bahay n dalam.....lame lepas tu pkow 6 petang sampailar BOMBA... bomba bagi tali n ikatkan kat tiang besi kat hujung tepi hutan..pastu kiteorg ikut turn 7 org awal n seterusnyer . kne pakai BA.. HAHA..  first time kot..hahhaha..then sampai la ke darat..huhu...... pengalaman yang paling adventure!!


ni photo dr google..

ni pantai teluk gadong..

photo sebenar masih dalam proses..hhi..actually kamera rosak..masuk air..huhu...

perasaan??

hahahahhaha...
of cos la macam2..
hepi coz dpt pengalaman baru..
takot..nk2 time redah air..
geram sbb lect lambai sampai pagi tu..lau x mestu dapat tgok matahari terbit..
sedih sebab x perhan berlapar dr subuh sampai magrib

BUT......kiteorg really enjoy the camp!!!!!

hopefully dpt pegi lagi............
hhihi....korunk ade x pengalaman gni???
(ski nak bangga)hahaha..
pen off!!=) =*

PATUTKAH BERKAHWIN AWAL???

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.


Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)


hahahaha..so..cmne???nk kawen awal tak??hahahahha.....make your own decisiion..hihi..

.

begitulah cinta

kalau orang tanya kita pasal cinta..
ape yang korunk akan jawab..

"awak pernah bercinta??"
"awak ase cinta awak cinta sejati atau cinta yang tiada sebab yang tulus??"
"awak jujur kew cinta akan dia?"
"cinta siapa yang awak kejarkan?"

kalau cakap pasal cinta memang xde penghujung kan..

cintakan ALLAH..
cintakan nabi..
cintakan keluarga..
cintakan sahabat..

dan
cintakan suami/ isteri..

hahahha..yang last tuh nampak menyerlah kan..
hahahhaha...i knows that!!
xpayah nk shows sgt..hahaha..
anyway..
bila dah sampai seru ade lah jodoh yang baik yang tuhan dah takdirkan untuk kita..
 jodoh yang kita akan spendkan untuk yang tersayang..

cuma..ape yang nk pesan..
selalu lah doakan kita peroleh jodoh yang baik,sesuai untuk kita,jodoh yang bleh melindungi kita,
yang bleh jaga kita saat suka duka..jodaoh yang...

yang peling penting ape tau..
JODOH YANG SOLEH N SOLEHAH....

kan..pastinya semua orang inginkan nya..
same as me..
i want jodoh yang SOLEH..
full with iman,kesabaran yang tinggi n ketakwaan yang berkekalan..=)

amalkan lah doa untuk kebaikan diri kita..
SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA MENDENGAR N MEMAKBULKAN..
INSYAALLAH..

chomell kan...


pen off..=)

mata hati..

ASSALAMUALAIKUM..=)


AINI..mlm yang sepoi2 bahasa melayu ni..hahaha..nk share s2 kata2 yg sangat menyentuh lubuk hati kita sebagai manusia..=)


Hidup ini akan terasa amat indah seandainya kita sentiasa cuba melihat ke dalam mata hati kita bahawa sesungguhnya orang-orang yg berada di sekeliling kita adalah insan-insan yg hebat walaupun ada di antara mereka secara terang-terangan menyatakan kebencian atau menghamburkan kata-kata yg kesat terhadap diri kita. Cubalah untuk tidak membenci mereka kembali atau memulaukan mereka daripada kehidupan kita. Sebaliknya, fikirkan kembali segala kebaikan yg telah ditaburkan di sepanjang perjalanan hidup kita dan berilah pengiktirafan kepada mereka dalam setiap doa seharian kita


insaf ase diri ni bile menghayati kata2 ni an..ase mcm tersentuh hati nii..hahahaha
and untuk korunk sume..jom same2 hayati ayat ni.....






pen off..=)